Showing posts with label Kaki Novel. Show all posts
Showing posts with label Kaki Novel. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

Mac 2010: Hadirmu Takdirku

Sumber: Blog Kaki Novel



Penulis: Alina Haizar
Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM 18 (Semenanjung)/RM 21 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.

Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai naka ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam... kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demui nama dan harta!

Mac 2010: 2 × 5

Sumber: Blog Kaki Novel



Penulis: Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM 16 (Semenanjung)/RM 19 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Nur Syakirin Abdul Majid terpaksa berkahwin dengan jiran hadapan rumahnya di kampung atas desakan abahnya. Ahmad Zaim pula terpaksa akur dengan kehendak orang tuanya yang meminta perkahwinan yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir diteruskan dengan berkahwin dengan Kirin.

Kirin dan Zaim adalah teman sepermainan sejak zaman kanak-kanak lagi. Tetapi hubungan mereka renggang apabila Zaim menjalinkan hubungan dengan Sofea, kekasih yang meninggalkannya pada saat-saat akhir mereka akan diijabkabulkan. Zaim berkelulusan luar negara manakala Kirin yang hanya berkelulusan SPM diijabkabulkan dalam suasana yang cukup meriah dan besar-besaran.

Namun begitu, kehidupan pasangan ini tidak seperti pasangan pengantin baru kerana Zaim masih tidak dapat melupakan Sofea. Mereka tinggal serumah tetapi tidur berasingan bilik. Kemunculan semula Sofea telah memberi impak sehingga hampir melumpuhkan mahligai yang terbina di antara Zaim dan Syakirin. Kemesraan yang terjalin di antara Sofea dan Zaim menimbulkan rasa curiga di hati Kirin. Keegoan dan keras kepala Zaim dan Syakirin menyebabkan rumah tangga mereka kucar-kacir.

Kehadiran Johan dan kemesraan Kirin terhadap Johan membuatkan Kirin seperti dua kali lima sahaja dengan Zaim. Mereka masing-masing hidup dalam keegoan tetapi masih mencintai dan menyanyanyi dalam diam. Walaupun pertengkaran sering kali terjadi, tiada penceraian yang dipinta. Emak, abah, umi, ayah adalah insan yang bertanggungjwab menyatukan meteka. Fiqa, Hairi, Sofea, Johan, Iman dan Naqhiff adalah insan-insan yang mewarnai hidup Kirin dan Zaim dengan bermacam-macam ragam, suka dan duka.

Berjayakah Kirin dan Zaim meningalkan ego demi cinta mereka? Maing-masing tidak mahu mengalah dan masing-masing dua kali lima sahaja... .

Thursday, February 4, 2010

Februari 2010: Tiada Sepertimu

Sumber: Blog Kaki Novel



Penulis: Anita Aruszi
Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM 24 (Semenanjung)/ RM 27 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Keifli Benjamin dan Zara Melissa... kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang 'kotor' manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di anatara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.

Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanmya yang tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semuala Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.

Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkah Zara menerima kehidupan lampaunya yang 'kotor' itu?

Februari 2010: Sepupuku Suamiku

Sumber: Blog Kaki Novel



Penulis: Lynn Allyna
Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM 19 (Semenanjung)/RM 22 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.

Alam perkahwinan yang dikecapi Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.

Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memilik Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan kembali hati Nana yang keras itu.

Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat diciintainya. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam gengamannya.

Malang sekali bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana... .

Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau... mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

Thursday, January 21, 2010

Januari 2010: Jauhari Hatiku

Sumber: Laman Web Kaki Novel


Penulis: Imias Farhani
Penerbit: Kaki Novel

Sinopsis:

Nur Farisa Othman... gadis yang hidup di pinggir kota. Berwajah cantik menawan, serta penuh dengan sopan santun membuatkan ramai lelaki ingin mendampinginya. Namun ditolak dengan alasan ingin menumpukan perhatian pada pelajaran.

Ketika Farisa bekerja di syarikat terkemuka negara, dia bertemu dengan Daniel McCormick (duda beranak satu), anak kepada Micheal McCormick iaitu pegerusi syarikat berkenaan. Hubungan staf dan bos yang terjalin di antara mereka membibitkan rasa cinta di hati Daniel. Namun, perasaan itu dikekang demi sikap profesional.

Di dalam kekalutan membesarkan Samantha, Daniel menyerahkan tanggungjawab menjaga anaknya kepada Farisa. Anak kecil yang comel itu telah menjadi penyambung kasih di antara mereka berdua. Bibit cinta terus mekar dalam diam.

Kemunculan semula Angela yang menuntut hak penjagaaan terhadap Samantha telah membuatkan hidup Daniel kucar-kacir sekali gus.

Pelbagai onak harus ditempuhi oleh Daniel dan Farisa untuk terus berada di samping orang tersayang. Namun... berjayakah Farisa bertarung nyawa dengan kesakitannya itu untuk bersama dengan jauhari di hatinya?

Saturday, December 26, 2009

Januari 2010: Pergilah Air Mata

Sumber: Laman web Kaki Novel



Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit: Kaki Novel

Sinopsis:

Sebuah bala... sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke dalam alam rumah tangga.

Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.

Air matalah peneman Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.

Tanpa pengetahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.

Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.

Namun, lama-kelamaan benci Badrul berubah rindu... Sepanjang masa hanya wajah Sabrin ayang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Maih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina mencarik hatinya.

Akan kulepaskan jua air mata ini pergi... jauh... sejauhnya... sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.
 
Copyright © 2010 Read & Review | Design : Noyod.Com