Showing posts with label Buku Prima. Show all posts
Showing posts with label Buku Prima. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

Mac 2010: Segalanya Kuterima

Sumber: Facebook Buku Prima


Penulis: Rosa Nur Imani
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 19.90

Sinopsis:

Mereka dilahirkan dari rahim yang sama. Namun Zara tidak pernah menyukai ataupun menyanyangi adiknya, Zarina. Kehadiran Iskandar di sisi Zarina membuatkan Zara cemburu. Dia ingin menakluki Iskandar kerana lelaki itu dicintai oleh adiknya. Cinta yang tersungkur di tengah jalan membuatkan hati Zarina kecewa. Namun, dia tidak menanam benci terhadap Iskandar. Dia sanggup berkorban demi Iskandar. Baik Zara mahupun Zarina, masing-masing tidak tahu siapakah sebenarnya yang didambakan oleh lelaki yang menjadi rebutan mereka berdua. Siapakah perempuan bernama Daphne yang tiba-tiba sahaja muncul?

Saturday, February 6, 2010

Februari 2010: Jatuh Cinta Lagi

Sumber: Laman web Buku Prima



Penulis: Hanny Syazwany
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 19.90

Sinopsis:

Percintaan membawa sejuta kebahagiaan tetapi percintaan juga membawa kepada derita dan penantian. Wishal Halifi merupakan seorang yang periang dan nakal telah jatuh cinta pada gadis yang sentiasa disakatnya di sekolah iaitu G-Na namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hubungan persahabatan mereka terputus di tengah jalan gara-gara orang ketiga.

Wishal kecewa sehingga membawa dirinya ke Amerika namun dia kembali semula ke Malaysia dengan karekter yang berubah dingin tidak ceria seperti dahulu. Pertemuan pertama membuatkan Rozy ingin meraih perhatian pemuda itu namun segalanya sia-sia kerana kenangan silam membuatkan Wishal memusuhi insan yang bernama perempuan.

Kehadiran gadis bernama Shayna Carmilla yang bekerja di syarikatnya membuatkan hari-hari yang dilakui Wishal berubah menjadi memori indah. Pada mulanya dia tidak menyedari hakikat bahawa dia telah jatuh cinta namunsetelah tiga bulan bersama gadis itu barulah dia akui yang dia sudah jatuh cinta lagi. Hal ini membuatkan Rozy menyimpan dendam.

Februari 2010: Cinta Hatiku

Sumber: Laman web Buku Prima




Penulis: Pitteriah Abdullah
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 19.90

Sinopsis:

Arissa Putri ditukarkan dengan Syazwan Hafizi kerana ayah arissa iaitu Tan Sri Badrol inginkan seorang anak lelaki bagi mewarisi empayar keluarganya. Tanpa pengetahuan Tan Sri Badrol, Puan Sri Sharifah tega menukarkan anak sendiri dengan Hamzah dan Puan Latifah. Arissa dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun hakikatnya Arissa sudah diberitahu dia hanya anak angkat dalam keluarga Hamzah. Manakala Syazwan pula hidup dalam kemewahan dan kebahagiaan tetapi tidak dimaklumi dia hanya anak angkat Tan Sri Badrol. Rahsia ini hanya Puan Latifah, Puan Sri Sharifah dan Arissa saja yang tahu setelah Hamzah meninggal dunia.

Arissa yang jatuh cinta dengan Megat Rafiqin terpaksa menolak lamarannya kerana tidak mahu rahsia ini terbongkar. Wali adalah penting dalam pernikahannya sedangkan wali yang sebanar tidak tahu dia mempunyai seorang anak perempuan. Arissa terpaksa berkorban demi orang lain sedangkan jiwanya sudah terseksa setelah berpisah dengan Megar Rafiqin yang membawa hati ke negara Dubai.

Friday, January 29, 2010

Januari 2010: 86, 400 Detik

Penulis: Dyza Ainun
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 19.90 (Semenanjung)/ RM 22.90 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Yana Julia dan Najwa Rihana, dua orang adik beradik. Yana hilang kewarasan akibat cintanya terhalang. Sejak lima tahun lalu, dia sudah hilang akal kerana perkahwinan dengan Engku Irshad gagal.

Najwa sentiasa mencari peluang untuk membalas di atas perbuatan keluarga Engku Irshad yang memutuskan perhubungan itu. Jadi, di hari perkahwinan Engku Irna Muliati, Najwa telah menculik Doktor Ezani iaitu bakal suami Irna. Dia menyembunyikan doktor itu dengan tipu muslihat sehingga perkahwinan anak gadis tunggal Datuk Kamarun itu tertunggak.

Akibat diculik, Doktor Ezani tawar hati untuk meneruskan perkahwinan dengan Irna. Sebaliknya hatinya telah jatuh cinta terhadap Najwa. Mampukah cinta Doktor Ezani mengetuk hati Najwa?

Sunday, December 27, 2009

Januari 2010: Cinta Untukmu

Sumber: Laman web Buku Prima



Penulis: Siti Nur Dhuha
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 22.90

Sinopsis:

Syahiman berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya, cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki yang tampan dan hidup mewah.

Tiara yang turut menaruh harapan pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.


Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolak Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.

Januari 2010: Aku Kan Novelis

Sumber: Laman web Buku Prima



Penulis: Nurul Syahida
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 17.90


Sinopsis:

Buat Iza, cintanya pada Hisham akan jadi indah jika si pemuda melafazkan kata-kata itu terdahulu kepadanya. Seorang perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi adakah Hisham juga menyimpan perasaan yang sama?

Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yang dimahukan dalam seorang wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yang sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan wanita Tionghua itu darinya.

Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api.
 
Copyright © 2010 Read & Review | Design : Noyod.Com