Sunday, December 27, 2009

Januari 2010: Cinta Untukmu

Sumber: Laman web Buku Prima



Penulis: Siti Nur Dhuha
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 22.90

Sinopsis:

Syahiman berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya, cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki yang tampan dan hidup mewah.

Tiara yang turut menaruh harapan pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.


Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolak Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.

Januari 2010: Aku Kan Novelis

Sumber: Laman web Buku Prima



Penulis: Nurul Syahida
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 17.90


Sinopsis:

Buat Iza, cintanya pada Hisham akan jadi indah jika si pemuda melafazkan kata-kata itu terdahulu kepadanya. Seorang perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi adakah Hisham juga menyimpan perasaan yang sama?

Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yang dimahukan dalam seorang wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yang sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan wanita Tionghua itu darinya.

Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api.

Saturday, December 26, 2009

Januari 2010: Pergilah Air Mata

Sumber: Laman web Kaki Novel



Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit: Kaki Novel

Sinopsis:

Sebuah bala... sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke dalam alam rumah tangga.

Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.

Air matalah peneman Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.

Tanpa pengetahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.

Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.

Namun, lama-kelamaan benci Badrul berubah rindu... Sepanjang masa hanya wajah Sabrin ayang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Maih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina mencarik hatinya.

Akan kulepaskan jua air mata ini pergi... jauh... sejauhnya... sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

Januari 2010: Nama Atas Kertas

Sumber: Laman web Jemari Seni



Penulis: Nasron Sira Rahim
Penerbit: Jemari Seni

Sinopsis:

Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:
Nasron Sira Rahim...

Engkau tidak dapat melihat aku, tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana sahaja, tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya, tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?

Apakah tip yang ada?
"Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA untuk menyelesaikannya..."

TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!
Sekiranya anda memilik IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim dalam membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Atas Nama Kertas sebagai petunjuk; dan selesaikannya.

Thursday, December 24, 2009

Bayangan Rindu


Ok ni novel lama sebenarnya.Tahun 2006.Untuk sesiapa yang belum bace novel ni pastu berminat nak bace novel ni bolehla bace review ni.hehe

Bayangan Rindu was actually one of the first Malay novel that i fall in love with.Biasanya sayan agak selektif memilih novel Bahasa Melayu.Ok first apa yang Rinie suka sangat sal novel ni.

Bila mula-mula membaca novel ni,i'm really attracted to Iddya's personalities.She's just a normal girl yang suka berangan dan ade perasaan pada rakan sekelasnya.Iddya is a heroin that most of us can relate with.Tak macam kebanyakan novel yang ade kat pasaran sekarang,novel ni tidak highlight pasal kecantikan heroin dan kekacakan heronya.Cuma ade sekali dua Idyya diperlihatkan kepada pembaca sebagai seorang yang cute dan heronya, Umar Aisy dipanggil 'smart'.

Jalan ceritanya tak over the top macam sesetengah novel yang banyak sangat drama sampai kite akan pikir ade ke family kat malaysia macam ni.Dan novel ni jugak takdek orang 'bergelar' such as 'Datuk,Datin,Tan Sri ,Tengku' apa bagai.Biasa kite mesti jumpa hero dalam novel anak-anak orang kaya ape semua kan.Dengan erti kata lainnya untuk novel ni Rinie rasa novelisnya telah lari dari keadaan cliche yang biasa kita tengok dalam banyak novel lain which is very good.

Even dari mula kita da dapat agak Iddya akan end up dengan sape,jalan cerita camane diorang bersama sangat comel tanpa perlu dialog-dialog tangkap cintan secara berlebihan.Dan gaya bahasanya juga menarik,smooth dan tidak membosankan.Eventhough jalan ceritanya kadang-kadang agak slow tapi dengan olahan dari novelisnya rasanya takla boring sampai nak skip page ke ape.Masih boleh diterima.All in all novel ni rasanya one of the best that Anis Ayuni ever wrote.

Rating 4/5

Saturday, December 19, 2009

Aku, Dia dan Coklat


Penulis: Lily Haslina Nasir
Penerbit: PTS Litera Utama


Review from Faratira:-

Cover yang menarik perhatian. Tajuk yang mengancam. Sinopsis yang menarik. Secara luarannya, memang Fara berpuas hati. Fara dah lama usha novel ni. Sejak terpandang di Popular Bookstore lagi. Tapi, sebab novel remaja, Fara hold dulu.

Setelah berjaya memiliki dan membaca novel ini, ternyata kandungannya juga menarik seperti luarannya juga. Membaca novel ini membuatkan Fara terasa dekat dengan keluarga Kak Lily. Fara tak pernah bersua pun dengan Kak Lily. Tapi, kenal melalui kisah-kisah yang dicoretkan di blog Kak Lily.

Fara kira, Mama Faridah dalam novel ini ibarat Kak Lily sendiri. Seorang ibu yang nampak tegas tapi agak gila-gila, dekat dengan anak-anak. Fara suka stail tu. Fariz pula, Fara terbayang Syafiq, anak Kak Lily. Watak utama Zaza pula, Fara terbayang Manja dalam drma bersiri Manjalara tu. Hehehe...

Kisahnya menarik. Ada masej yang ingin disampaikan. Jangan memandang rendah pada mereka yang bertubuh besar atau gemuk. Mereka juga adalah manusia yang ada rasa ingin dicintai dan mencintai. Kaum lelaki pula, Fara tahu kebanyakannya lebih memandang aspek fizikal daripada aspek lain. Hak masing-masing. Jangan sampai mengguris perasaan hati wanita yang bertubuh besar sudah.

Membaca novel ini juga membuatkan Fara kepingin makan coklat. Kebetulan, Fara dah lama tak menjamah coklat. Kalau dapat Crunchie... indahnya dunia. Kebetulan juga, masa novel ini dibaca, Fara baru habis exam dan sibuk berjalan. Tak sempat nak makan coklat. Meleleh air liur bila nampak novel Kak Lily ni.

Rating: 3.5/5

Tuesday, December 8, 2009

Berbunga Kasih


Penulis: Hani Fazuha
Penerbit: Alaf 21

Review from Faratira:-

Pertama kali, Fara nak minta maaf pada Kak Hani Fazuha kalau apa yang Fara sampaikan nanti mungkin akan membuatkan Kak Hani Fazuha terasa hati. Terima kritikan ini dengan hati terbuka ya, Kak Hani Fazuha.

Jalan ceritanya dah okey, garapan penulis tentang penderitaan yang di alami Dya; penderaan fizikal dan mental oleh ayahnya dan penderaan seksual oleh Abang Ari dapat dijiwai sepenuhnya. Kalau berada kat tempat Dya, tak tahulah nak cakap macam mana. Memang lebih baik mati aje. Part ni, memang terkesan. Sangat terkesan. Betapa ada juga orang yang sezalim itu.

Gaya bahasanya okeylah. Laras bahasa novel-novel yang ada kat pasaran. Masih mampu membuatkan Fara 'merasai' penderitaan yang dialami Dya tu.

Cuma, watak utamanya, Dya dan Zarif. Fara rasa watak hero dan heroin tak banyak beza dengan novel pertama Hani Fazuha. Heronya diangkat sebagai orang yang terlalu baik dan handsome gila. Heroin dia pula, seorang yang keras kepala, agak mengada-ngada dan cantik sampai ada tiga lelaki yang minat kat Dya. Semakin lama Fara baca, timbul rasa bosan. Tapi, sebab nak tahu apa endingnya, tamat ke tidak penderitaan Dya tu, Fara gagahkan diri juga untuk membaca.

Rating: 3/5
 
Copyright © 2010 Read & Review | Design : Noyod.Com