Saturday, February 13, 2010

Akan Datang: Bukan Tak Sudi

Sumber: Laman web Karnadya



Penulis: Mimie Afinie
Penerbit: Karnadya

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minata simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

Kalau buka Syafiff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahuinya, sama-samalah kita ikuti 'BUKAN TAK SUDI' karya terbaru daripada Mimie Afinie.

Akan Datang: Galau di Hati Seri

Sumber: Laman web NB Kara


Penulis: Kusyi Hirdan
Penerbit: NB Kara
Harga: RM 21.50 (Semenanjung) / RM 24.50 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Seri Arina seorang penyanyi cuba mengubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada presepsi yang lebih baik. Sesuai sebagai imej sebagai artis bintang realiti yang bertudung, dia cuba berdakwah dengan caranya yang tersendiri. Biarpun cuba menghindari fitnah dan tomahan dunia yang penuh kepura-puraan ini, namun kelapaan yang sedikit menjadikan dia mangsa fitnah yang amat lelah.

Bagi Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil. Dia mengimipkan politik yang bersih dan jujur. Di masa yang sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yang baginya, sesuatu yang cukup melalaikan. Namun tanpa Sulaiman sedar, dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.

Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka. Namun dalam peristiwa hitam sang durjana, mereka ditemukan. Ada rasa tidak suka anatar mereka dan sering kali bersengketa. Namun tanpa sedar, titik hitam itu membuat hati mereka berdua terpaut.

Mac 2010: Pada Angin Aku Berpesan

Sumber: Laman web Jemari Seni



Penulis: Adileah
Penerbit: Jemari Seni
Harga: RM 20 (Semenanjung)/RM 23 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetangah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?

Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!

Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz akad nikah tetapi tidak pada hakikatnya?

Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.

Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?

Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.

Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?

Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.

Atau... cintakah itu?

*****

Pada Angin Aku Berpesan memperlihatkan cara Adileah untuk mengungkap: "Aku benci kepadamu," dengan caranya yang tersendiri .

Thursday, February 11, 2010

Akan Datang: Ingin Hati Melukis Kata

Sumber: Laman web Fajar Pakeer



Penulis: Bikash Nur Idris/Ebriza Aminnudin
Penerbit: Fajar Pakeer

Sinopsis:

Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.

Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinn yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu - dengan pengantin lelaki yang berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama. namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.

Ruzaimi, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang sepuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehingga hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.

Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua untuk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada... ?

Akan Datang: Tika Hati Kata Cinta

Sumber: Laman web Fajar Pakeer



Penulis: Aryn Arianis
Penerbit: Fajar Pakeer

Sinopsis:

Cinta, kasih dan sayang telah banyak mempengaruhi episod kehidupan mereka.

Amira - Tentangan daripada emak, kehadiran kasih daripada rakan baik, mainan perasaan daripada Aisyah dan dendam Kirana adalah halangan dan dugaan yang menyelubungi episod cintanya.

Rizzaimi - Dari dulu hingga kini, hatinnya untuk gadis itu. Tiada siapa dapat menggantikannya. Dan, hanya gadis itu impiannya.

Azian - Kisah cintanya bersama Afiq harus dilupakan. Destinasi cinta mereka direntap tanpa rela dan meninggalkan episod derita yang berlarutan.

Zarul - Terpaksa akur dengan kehendak ayah tercinta. Dan, terpaksa merelakan hati diamuk rasa menerima pertunangan di luar kemahuan sedang hati memendam cinta untuk Amira.

Bersemikah cinta Amira? Terlaksanakah impian Rizzaimi? Bersatukah cinta antara Azian dan Afiq? Bertautkah kasih Zarul? Terpaterikah perasaan Aisyah? Terlunaskah dendam Kirana? Tika hati kata cinta, apakah akan ditemui cinta sejati?
 
Copyright © 2010 Read & Review | Design : Noyod.Com