Sunday, January 31, 2010

Januari 2010: Aku Mahu Kamu


Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 19.90

Sinopsis:

Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satunya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput Ilahi benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.

Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengaharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduaaan itu.

Friday, January 29, 2010

Januari 2010: 86, 400 Detik

Penulis: Dyza Ainun
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 19.90 (Semenanjung)/ RM 22.90 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Yana Julia dan Najwa Rihana, dua orang adik beradik. Yana hilang kewarasan akibat cintanya terhalang. Sejak lima tahun lalu, dia sudah hilang akal kerana perkahwinan dengan Engku Irshad gagal.

Najwa sentiasa mencari peluang untuk membalas di atas perbuatan keluarga Engku Irshad yang memutuskan perhubungan itu. Jadi, di hari perkahwinan Engku Irna Muliati, Najwa telah menculik Doktor Ezani iaitu bakal suami Irna. Dia menyembunyikan doktor itu dengan tipu muslihat sehingga perkahwinan anak gadis tunggal Datuk Kamarun itu tertunggak.

Akibat diculik, Doktor Ezani tawar hati untuk meneruskan perkahwinan dengan Irna. Sebaliknya hatinya telah jatuh cinta terhadap Najwa. Mampukah cinta Doktor Ezani mengetuk hati Najwa?

Thursday, January 28, 2010

Februari 2010: 143

Sumber: Laman web Jemari Seni



Penulis: Pingu Toha
Penerbit: Jemari Seni
Harga: RM 20 (Semenanjung)/RM23 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Berapa lama untuk kita jatuh cinta?

Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?

Berapa lama untuk kita kenal cinta?

Perlukan empat bulan?

Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...

dan kembali kepada cinta?

Cukupkah setahun?

Dan ini cerita tentang...

The Duyong, The Sleeping Beauty, The Rapunzel,

The Lovelorn, The Penunggu, The Hitam Manis.

Ini bukan ceria dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi mimpi. Ini sebuah cerita cinta.

1

Sekarang... , Satu tahun selepas L.U.V.E.

Cerita Cinta Biasa

Tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal.

4

Empat bulan darinya. Dulu.

EXs

Tentang Elina dan Keri.

3

Ke masa depan, dalam tiga hari...

Merah Biru Violet

Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.

Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka adalah 'cinta'.

Wednesday, January 27, 2010

Februari 2010: Tahajud Cinta Nisa

Sumber: Laman web PTS



Penulis: Kartini Nainggolan
Penerbit: PTS
Harga: RM 16 (Semenanjung)/RM 18 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Nisa wanita tabah.

Nisa pernah hilang arah. Jauh dari Allah. Namun, kasih sayang-Nya membawa Nisa kembali ke pangkal jalan. Pada saat Nisa menyedari hidayah Alllah adalah anugerah terindah, Nisa berbisik kepada diri sendiri 'Maka nikmat-Nya yang manakah hendak aku dustakan?"

Berpegang teguh pada janji Allah dalam surah al-Baqarah "Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar," Nisa hadapi musibah dan ujian dengan penuh takwa dan redha. Dalam sujud dan doa mengiringi tahajudnya, Nisa memohon kepada Yang Maha Cinta untuk terus akur dengan ketetapan-Nya.

Di manakah penghujung ujian kesabaran itu?

Akulah khalifah Khairunnisa S. Kep. Ns, Sp Mat. Aku tersenyum puas. Selalu bersyukur dan bersabar merupakan kunci untuk berjaya dalam hidup. Hidup adalah satu perjuangan. Terima kasih Allah, kerana bersamaku!

Tuesday, January 26, 2010

Akan Datang: Aku Punya Cinta

Sumber: Blog Fajar Pakeer



Penulis: Dinaz Salsabila
Penerbit: Fajar Pakeer

Sinopsis:

Nabihah, impiannya mahu memajukan diri dan keluarga. Namun, nasib tidak menyebelahi hanya kerana opahnya. Pinangan Roslan terpaksa diterima walaupun dia punya cinta sendiri. Reda dengan segala kehendak, doa tidak pernah terputus agar dua keping hati dicantum dan tidak jemu dia menunggu kepulangan Roslan.

Roslan, sukanya kepada Nabihah semenjak mereka kecil lagi. Namun setelah melangkah ke luar, dunia sekangkang keranya, dia mula berubah. Hatinya mula ditambat seseorang. Bagaimana dengan Nabihah?

Iman Hasbullah, dia sentiasa bersama Nabihah. Sentiasa menyejukkan hati itu ketika panas dan sentiasa menemani di kaal sepi. Rasa senang bersama gadis itu tidak dapat digambarkan. Namun, hanya kerana satu perkara, dia harus berundur. Masa berlalu namun suara hatinya tetap tidak berubah, malah tidak mampu diubah lagi.
 
Copyright © 2010 Read & Review | Design : Noyod.Com