Thursday, February 11, 2010

Akan Datang: Ingin Hati Melukis Kata

Sumber: Laman web Fajar Pakeer



Penulis: Bikash Nur Idris/Ebriza Aminnudin
Penerbit: Fajar Pakeer

Sinopsis:

Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.

Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinn yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu - dengan pengantin lelaki yang berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama. namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.

Ruzaimi, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang sepuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehingga hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.

Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua untuk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada... ?

Akan Datang: Tika Hati Kata Cinta

Sumber: Laman web Fajar Pakeer



Penulis: Aryn Arianis
Penerbit: Fajar Pakeer

Sinopsis:

Cinta, kasih dan sayang telah banyak mempengaruhi episod kehidupan mereka.

Amira - Tentangan daripada emak, kehadiran kasih daripada rakan baik, mainan perasaan daripada Aisyah dan dendam Kirana adalah halangan dan dugaan yang menyelubungi episod cintanya.

Rizzaimi - Dari dulu hingga kini, hatinnya untuk gadis itu. Tiada siapa dapat menggantikannya. Dan, hanya gadis itu impiannya.

Azian - Kisah cintanya bersama Afiq harus dilupakan. Destinasi cinta mereka direntap tanpa rela dan meninggalkan episod derita yang berlarutan.

Zarul - Terpaksa akur dengan kehendak ayah tercinta. Dan, terpaksa merelakan hati diamuk rasa menerima pertunangan di luar kemahuan sedang hati memendam cinta untuk Amira.

Bersemikah cinta Amira? Terlaksanakah impian Rizzaimi? Bersatukah cinta antara Azian dan Afiq? Bertautkah kasih Zarul? Terpaterikah perasaan Aisyah? Terlunaskah dendam Kirana? Tika hati kata cinta, apakah akan ditemui cinta sejati?

Akan Datang: Madah Berzikir

Sumber: Laman web Fajar Pakeer


Penulis: Eisya Aqila
Penerbit: Fajar Pakeer

Sinopsis:

Puteri Aisyah Aqilah melalui episod penuh duka sepanjang kehidupannya. Tersingkir dari sekolah lantaran kes disiplin, tekanan atas deraan ayah tiri, membuatkan dia terdampar ke lembah penuh noda dan dosa. Namun memori madah berzirik ayah kandungnya, menjadi penguat untuk dia kembali ke pangkal jalan.

Namun jalan itu juga terlalu banyak liku dan cabaran. Aisyah juga terperangkap dalam satu lagi sindiket berbahaya. Mujurlah dia bersemuka Fikri, yang kemudian berazam menyelamatkannya. Dalam masa yang sama Fikri menaruh hati terhadap Aisyah tanpa disedari gadis itu.

Aisyah tidak sanggup pulang ke pangkuan keluarga, bimbang bakal menjadi mengsa ayah tiri, namun hati memendam rindu tidak putus kepada ibu. Dia tahu dia gadis yang pernah gagal dalam hidup, diberi gelaran oleh masyarakat, namun Aisyah tidak mengalah. Dia bangkit, memperjuangkan cita-cita serta terus mengikut jalan diredai Allah. Biar hina di mata manusia, bukan di samping Allah.

Tapi, mampukah Aisyah bangkit daripada keruntuhan? Bolehkah Aisyah menerima liku di depannya, untuk mencapai makna diri?

Saturday, February 6, 2010

Februari 2010: Jatuh Cinta Lagi

Sumber: Laman web Buku Prima



Penulis: Hanny Syazwany
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 19.90

Sinopsis:

Percintaan membawa sejuta kebahagiaan tetapi percintaan juga membawa kepada derita dan penantian. Wishal Halifi merupakan seorang yang periang dan nakal telah jatuh cinta pada gadis yang sentiasa disakatnya di sekolah iaitu G-Na namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hubungan persahabatan mereka terputus di tengah jalan gara-gara orang ketiga.

Wishal kecewa sehingga membawa dirinya ke Amerika namun dia kembali semula ke Malaysia dengan karekter yang berubah dingin tidak ceria seperti dahulu. Pertemuan pertama membuatkan Rozy ingin meraih perhatian pemuda itu namun segalanya sia-sia kerana kenangan silam membuatkan Wishal memusuhi insan yang bernama perempuan.

Kehadiran gadis bernama Shayna Carmilla yang bekerja di syarikatnya membuatkan hari-hari yang dilakui Wishal berubah menjadi memori indah. Pada mulanya dia tidak menyedari hakikat bahawa dia telah jatuh cinta namunsetelah tiga bulan bersama gadis itu barulah dia akui yang dia sudah jatuh cinta lagi. Hal ini membuatkan Rozy menyimpan dendam.

Februari 2010: Ruang Rindu

Sumber: Facebook Alaf 21


Penulis: Rozita Abd Wahab
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 19.90

Sinopsis:

Rasa cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu. Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu dengan Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nelad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?
 
Copyright © 2010 Read & Review | Design : Noyod.Com