Friday, January 22, 2010

Februari 2010: Wasilah Cinta Weera

Sumber: Laman web PTS



Penulis: Rose Harissa
Penerbit: PTS
Harga: RM 20 (Semenanjung)/RM 23 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keihklasan asalakan ia kerana Allah.

Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagiaan untuk sesiapa yang mengertikannya.

Pengertiannya, menitis lembut pada kata Wasikah Cinta Weera.

Thursday, January 21, 2010

Januari 2010: Punya Cinta Ramadan

Sumber: Laman web PTS



Penulis: Ibnu Ahmad al-Kurauwi
Penerbit: PTS
Harga: RM 16 (Semenanjung)/RM 18 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Pada setiap yang berlaku, Tuhan ada sebabnya. Pada setiap yang manusia fahami, Tuhan ada hikmahnya. Itu kisah yang terpapar dalam novel ini, sebuah novel yang sarat dengan makna sederhana, perjuangan dan pengorbanan.

Bermula kisahnya pada saat Ramadan, lelaki sederhana yang masih basah matanya dengan kematian ayahnya, dijemput ke kota bagi menjadi imam di sebuah surau yang lesu.

Januari 2010: Kasih Seharum Manisah

Sumber: Laman web PTS



Penulis: A. Razak Adam
Penerbit: PTS
Harga: RM 17 (Semenanjung)/RM 19 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Usahlah bersedih hati. Dunia ini memang begitu sifatnya. Ketajaman akal kekadang tidak mampu merobah yang sudah tertulis...

Tidak ada kisah cinta yang biasa. Setiap kisah adalah istimewa. Kelvin, lelaki mualaf yang menjadi cinta pertama Manisah. Halangan keluarga membawa harumkasih Manisah ke sudut derita dalam kisahnya. Pada saat itu, muncul Soefjan, lelaki yang punya kunci untuk harumnya kasih Manisah.

Lalu, bagaimana harum kasih Manisah? Terus hilang dibawa angin atau terus harum mewangi.
Align Center

Januari 2010: Nyanyi Sunyi

Sumber: Laman web PTS



Penulis: Maskiah Masrom
Penerbit: PTS
Harga: RM 20.50 (Semenanjung)/RM 23.50(Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Cempaka, pencinta sastera, bahasa dan budaya Melayu yang jatuh cinta kepada Dr. Arjuna.

Imran BaihaqI, ustaz hafiz al-Quran yang meminati kesusasteraan Melayu dan jatuh cinta pada Cempaka.

Lukmanulhakim, wartawan muda yang meminati kisah-kisah romantis dan mencintai Cempaka.

Dr. Arjuna, pensyarah bahasa dan kesusasteraan dari Indonesia yang sudah beristeri tetapi jatuh cinta pada Cempaka.

Siapakah yang akan menjadi pilihan Cempaka?

Januari 2010: Kita Hanya di Seberang Jalan

Sumber: Laman web PTS



Penulis: Bahruddin Bekri
Penerbit: PTS
Harga: RM 19.90 (Semenanjung)/ RM 21.90 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Kisah seorang lelaki bernama Rusdan yang terpaksa bekerja di kedai pisang milik sepupunya bersama kaum kerabat yang lain. Masalah timbul kerana kedai pisang itu dibina tanpa lesen dan PBT hendak merobohkannya, selain mempunyai beberapa pesaing. Di seberang jalan kedai itu, ada sebuah rumah teres yang didiami seorang wanita, dan Rusdan sering melihatnya. Dia juga sering memerhatikan wanita itu ketika wanita itu berbelanja di kedai pisang. Entah bagaimana, wanita itu bermurah hati membantunya. Dia kehairanan dan cuba menyiasat sebab utama wanita itu membantunya di kedai itu. Akhirnya terbongkarlah rahsia, di seberang jalan.
 
Copyright © 2010 Read & Review | Design : Noyod.Com