Tuesday, February 23, 2010

Attention to all books lover!!!

For the books lover!!
Getting the book that you want doesn’t mean you have to pay retail
If you are avid readers like me and farah here,mesti ade banyak buku dalam must have list korang .So ni adalah tempat2 terbaik untuk dapat diskaun terhebat bagi buku-buku yang anda mau.

Festival Buku Antarabangsa di PWTC–biasanya diadakan dalam bulan March

Highlight Bookfair ni ialah,

Jika anda gemarkan buku-buku keluaran Alaf 21, Jemari Seni,Buku Prima,Kaki Novel dll
Biasanya hampir semua buku terbitan syarikat-syarikat ini dapat 20% diskaun termasuk buku2 terbaru and the chance to meet your favourite author .Terdapat juga buku-buku lama yang dijual serendah RM5 sebuah.Great savings.

Jika anda gemarkan komik
.Jika anda berminat dengan komik-komik Gempak macam LeGardenia,Hot Gimmick,Under 18,Team Medical Dragon bookfair ni adalah tempat terbaik nak borong komik mereka.Komik-komik dijual pada harga yang murah malah lebih murah klu borong satu set komik terus.Last time I even got all twelve comics of Hot Gimmick for only RM 30.Kalu beli kat kedai buku secara biasa the whole set will cost RM78.Malah hampir setiap pembelian juga diberikan free gift dari Gempak (e.g goodie bag,cute paper bags).

Moy publication yang menerbitkan majalah Ujang dan Gila-Gila juga bukak booth pada pesta buku ini.Majalah keluaran mereka yang terdahulu dijual pada harga lebih rendah.Pada booth diorang jugak korang berpeluang menemui kartunis-kartunis Ujang dan Gila-Gila.

Popular Bookfest-biasanya diadakan pada bulan September di KLCC convention centre
First , I have 2 words for this event-totally awesome!!. Bile anda masuk KLCC convention centre tu,buku memang wall to wall. Absolutely heaven .Untuk masuk convention centre ni,anda diwajibkan bayar RM2 sebagai tiket masuk.

Highlight Bookfest ni ialah

Wide selection of books with discounted price
Dari novel-novel klasik,buku kanak-kanak,panduan memasak sehingga Tafsir Al Quran semuanya boleh diidapati di sini.

Amat mudah untuk dapat harga runtuh bagi buku kegemaran anda kat sini.
Terdapat buku-buku hard cover edisi pertama didapati dengan harga yang amat murah.Last time I’ve got a very great deal for the Sidney Sheldon books.Usually retails at RM 36 each,during this bookfest the book is up for sale at RM19.90 .Pastu kalau beli sekurang-kurangnya 2 buah, dapat lagi 30% less untuk setiap buku ni.Novel-novel Twilight dan Harry Potter juga dijual dengan diskaun yang hebat.

Tawaran istimewa diadakan pada setiap hari.
Terdapat special offer yang berbeza pada setiap hari sepanjang pesta buku ini yang boleh diketahui melalui website rasmi dan catalog Popular.

Tapi kalau tak sanggup tunggu Sehingga Mac or September untuk dapat buku murah,syarikat penerbitan seperti Kumpulan Karangkraf( Alaf 21,Buku Prima dan Karya Bestari adalah antara anak syarikat kumpulan Karangkraf) juga agak kerap mengadakan jualan gudang selain dari pesta buku besar-besaran seperti di atas.Malah ada kalanya mereka memberikan diskaun lebih tinggi daripada pesta buku besar-besaran. Details mengenai bila dan di mana jualan-jualan gudang ini diadakan biasanya boleh didapati di laman web rasmi syarikat mereka.Korang juga boleh check out BookXcess kat Amcorp Mall yang biasanya menjual current titles with discounted price on regular basis

Ok that’s all.I hope these tips helps! Xoxo ^_^

Saturday, February 20, 2010

Mac 2010: Segalanya Kuterima

Sumber: Facebook Buku Prima


Penulis: Rosa Nur Imani
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 19.90

Sinopsis:

Mereka dilahirkan dari rahim yang sama. Namun Zara tidak pernah menyukai ataupun menyanyangi adiknya, Zarina. Kehadiran Iskandar di sisi Zarina membuatkan Zara cemburu. Dia ingin menakluki Iskandar kerana lelaki itu dicintai oleh adiknya. Cinta yang tersungkur di tengah jalan membuatkan hati Zarina kecewa. Namun, dia tidak menanam benci terhadap Iskandar. Dia sanggup berkorban demi Iskandar. Baik Zara mahupun Zarina, masing-masing tidak tahu siapakah sebenarnya yang didambakan oleh lelaki yang menjadi rebutan mereka berdua. Siapakah perempuan bernama Daphne yang tiba-tiba sahaja muncul?

Mac 2010: Hadirmu Takdirku

Sumber: Blog Kaki Novel



Penulis: Alina Haizar
Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM 18 (Semenanjung)/RM 21 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.

Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai naka ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam... kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demui nama dan harta!

Mac 2010: 2 × 5

Sumber: Blog Kaki Novel



Penulis: Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM 16 (Semenanjung)/RM 19 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Nur Syakirin Abdul Majid terpaksa berkahwin dengan jiran hadapan rumahnya di kampung atas desakan abahnya. Ahmad Zaim pula terpaksa akur dengan kehendak orang tuanya yang meminta perkahwinan yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir diteruskan dengan berkahwin dengan Kirin.

Kirin dan Zaim adalah teman sepermainan sejak zaman kanak-kanak lagi. Tetapi hubungan mereka renggang apabila Zaim menjalinkan hubungan dengan Sofea, kekasih yang meninggalkannya pada saat-saat akhir mereka akan diijabkabulkan. Zaim berkelulusan luar negara manakala Kirin yang hanya berkelulusan SPM diijabkabulkan dalam suasana yang cukup meriah dan besar-besaran.

Namun begitu, kehidupan pasangan ini tidak seperti pasangan pengantin baru kerana Zaim masih tidak dapat melupakan Sofea. Mereka tinggal serumah tetapi tidur berasingan bilik. Kemunculan semula Sofea telah memberi impak sehingga hampir melumpuhkan mahligai yang terbina di antara Zaim dan Syakirin. Kemesraan yang terjalin di antara Sofea dan Zaim menimbulkan rasa curiga di hati Kirin. Keegoan dan keras kepala Zaim dan Syakirin menyebabkan rumah tangga mereka kucar-kacir.

Kehadiran Johan dan kemesraan Kirin terhadap Johan membuatkan Kirin seperti dua kali lima sahaja dengan Zaim. Mereka masing-masing hidup dalam keegoan tetapi masih mencintai dan menyanyanyi dalam diam. Walaupun pertengkaran sering kali terjadi, tiada penceraian yang dipinta. Emak, abah, umi, ayah adalah insan yang bertanggungjwab menyatukan meteka. Fiqa, Hairi, Sofea, Johan, Iman dan Naqhiff adalah insan-insan yang mewarnai hidup Kirin dan Zaim dengan bermacam-macam ragam, suka dan duka.

Berjayakah Kirin dan Zaim meningalkan ego demi cinta mereka? Maing-masing tidak mahu mengalah dan masing-masing dua kali lima sahaja... .

Sunday, February 14, 2010

Akan Datang: Cinta Antara Kita

Sumber: Laman web Karnadya


Penulis: Nur Hidayah
Penerbit: Karnadya

Sinopsis:

Cinta itu indah. Cinta itu anugerah Allah. Cinta juga pemusnah. Bercinta tidak semestinya memiliki. Berkasih tidak bereti disayangi. Jadi apakah sebenarnya cinta?

Rinnie seorang gadis biasa yang mulai diresapi rasa cinta ketika hilang dari alam nyata. Namun cintanya, cinte terlarang. Lantaran cinta terlarangnya itu, Rinne sukar membuat keputusan kerana ada insan lain yang menagih kasih daripadanya. Namun perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap cinta terlarangnya begitu menebal di jiwa. Mampukah Rinne memilih satu di antara dua?...

"Cinta sempurna adalah cinta kepada-Nya.
Tidak layu, tidak tua dan kekal selamanya"

Saturday, February 13, 2010

Akan Datang: Bukan Tak Sudi

Sumber: Laman web Karnadya



Penulis: Mimie Afinie
Penerbit: Karnadya

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minata simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

Kalau buka Syafiff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahuinya, sama-samalah kita ikuti 'BUKAN TAK SUDI' karya terbaru daripada Mimie Afinie.

Akan Datang: Galau di Hati Seri

Sumber: Laman web NB Kara


Penulis: Kusyi Hirdan
Penerbit: NB Kara
Harga: RM 21.50 (Semenanjung) / RM 24.50 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Seri Arina seorang penyanyi cuba mengubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada presepsi yang lebih baik. Sesuai sebagai imej sebagai artis bintang realiti yang bertudung, dia cuba berdakwah dengan caranya yang tersendiri. Biarpun cuba menghindari fitnah dan tomahan dunia yang penuh kepura-puraan ini, namun kelapaan yang sedikit menjadikan dia mangsa fitnah yang amat lelah.

Bagi Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil. Dia mengimipkan politik yang bersih dan jujur. Di masa yang sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yang baginya, sesuatu yang cukup melalaikan. Namun tanpa Sulaiman sedar, dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.

Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka. Namun dalam peristiwa hitam sang durjana, mereka ditemukan. Ada rasa tidak suka anatar mereka dan sering kali bersengketa. Namun tanpa sedar, titik hitam itu membuat hati mereka berdua terpaut.

Mac 2010: Pada Angin Aku Berpesan

Sumber: Laman web Jemari Seni



Penulis: Adileah
Penerbit: Jemari Seni
Harga: RM 20 (Semenanjung)/RM 23 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetangah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?

Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!

Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz akad nikah tetapi tidak pada hakikatnya?

Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.

Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?

Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.

Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?

Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.

Atau... cintakah itu?

*****

Pada Angin Aku Berpesan memperlihatkan cara Adileah untuk mengungkap: "Aku benci kepadamu," dengan caranya yang tersendiri .

Thursday, February 11, 2010

Akan Datang: Ingin Hati Melukis Kata

Sumber: Laman web Fajar Pakeer



Penulis: Bikash Nur Idris/Ebriza Aminnudin
Penerbit: Fajar Pakeer

Sinopsis:

Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.

Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinn yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu - dengan pengantin lelaki yang berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama. namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.

Ruzaimi, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang sepuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehingga hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.

Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua untuk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada... ?

Akan Datang: Tika Hati Kata Cinta

Sumber: Laman web Fajar Pakeer



Penulis: Aryn Arianis
Penerbit: Fajar Pakeer

Sinopsis:

Cinta, kasih dan sayang telah banyak mempengaruhi episod kehidupan mereka.

Amira - Tentangan daripada emak, kehadiran kasih daripada rakan baik, mainan perasaan daripada Aisyah dan dendam Kirana adalah halangan dan dugaan yang menyelubungi episod cintanya.

Rizzaimi - Dari dulu hingga kini, hatinnya untuk gadis itu. Tiada siapa dapat menggantikannya. Dan, hanya gadis itu impiannya.

Azian - Kisah cintanya bersama Afiq harus dilupakan. Destinasi cinta mereka direntap tanpa rela dan meninggalkan episod derita yang berlarutan.

Zarul - Terpaksa akur dengan kehendak ayah tercinta. Dan, terpaksa merelakan hati diamuk rasa menerima pertunangan di luar kemahuan sedang hati memendam cinta untuk Amira.

Bersemikah cinta Amira? Terlaksanakah impian Rizzaimi? Bersatukah cinta antara Azian dan Afiq? Bertautkah kasih Zarul? Terpaterikah perasaan Aisyah? Terlunaskah dendam Kirana? Tika hati kata cinta, apakah akan ditemui cinta sejati?

Akan Datang: Madah Berzikir

Sumber: Laman web Fajar Pakeer


Penulis: Eisya Aqila
Penerbit: Fajar Pakeer

Sinopsis:

Puteri Aisyah Aqilah melalui episod penuh duka sepanjang kehidupannya. Tersingkir dari sekolah lantaran kes disiplin, tekanan atas deraan ayah tiri, membuatkan dia terdampar ke lembah penuh noda dan dosa. Namun memori madah berzirik ayah kandungnya, menjadi penguat untuk dia kembali ke pangkal jalan.

Namun jalan itu juga terlalu banyak liku dan cabaran. Aisyah juga terperangkap dalam satu lagi sindiket berbahaya. Mujurlah dia bersemuka Fikri, yang kemudian berazam menyelamatkannya. Dalam masa yang sama Fikri menaruh hati terhadap Aisyah tanpa disedari gadis itu.

Aisyah tidak sanggup pulang ke pangkuan keluarga, bimbang bakal menjadi mengsa ayah tiri, namun hati memendam rindu tidak putus kepada ibu. Dia tahu dia gadis yang pernah gagal dalam hidup, diberi gelaran oleh masyarakat, namun Aisyah tidak mengalah. Dia bangkit, memperjuangkan cita-cita serta terus mengikut jalan diredai Allah. Biar hina di mata manusia, bukan di samping Allah.

Tapi, mampukah Aisyah bangkit daripada keruntuhan? Bolehkah Aisyah menerima liku di depannya, untuk mencapai makna diri?

Saturday, February 6, 2010

Februari 2010: Jatuh Cinta Lagi

Sumber: Laman web Buku Prima



Penulis: Hanny Syazwany
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 19.90

Sinopsis:

Percintaan membawa sejuta kebahagiaan tetapi percintaan juga membawa kepada derita dan penantian. Wishal Halifi merupakan seorang yang periang dan nakal telah jatuh cinta pada gadis yang sentiasa disakatnya di sekolah iaitu G-Na namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hubungan persahabatan mereka terputus di tengah jalan gara-gara orang ketiga.

Wishal kecewa sehingga membawa dirinya ke Amerika namun dia kembali semula ke Malaysia dengan karekter yang berubah dingin tidak ceria seperti dahulu. Pertemuan pertama membuatkan Rozy ingin meraih perhatian pemuda itu namun segalanya sia-sia kerana kenangan silam membuatkan Wishal memusuhi insan yang bernama perempuan.

Kehadiran gadis bernama Shayna Carmilla yang bekerja di syarikatnya membuatkan hari-hari yang dilakui Wishal berubah menjadi memori indah. Pada mulanya dia tidak menyedari hakikat bahawa dia telah jatuh cinta namunsetelah tiga bulan bersama gadis itu barulah dia akui yang dia sudah jatuh cinta lagi. Hal ini membuatkan Rozy menyimpan dendam.

Februari 2010: Ruang Rindu

Sumber: Facebook Alaf 21


Penulis: Rozita Abd Wahab
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 19.90

Sinopsis:

Rasa cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu. Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu dengan Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nelad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?

Februari 2010: Panggil Aku Najiha

Sumber: Facebook Alaf 21



Penulis: Ana Balqis
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 19.90

Sinopsis:

Novel kategori Pena Jiwa yang mengenegahkan isu anak tidak bernasab. Garapan dan teknik penulisan Ana Balqis membuatkan kita tertanya-tanya dengan persoalan yang mahu diketengahkan. Namun, pembaca akan menemui jawapannya. Mereka yang meminati novel sastera, inilah pilihan yang anada cari. Terokailah novel ini dengan rasa teruja dan anda akan menemui satu kepuasan di titik akhir.

Catatan Ana Balqis

Panggil Aku Najiha (PAN) cerita tentang kita. Tentang peristiwa yang pernah terjadi di sekitar kita manusia marhaen. Cerita kita yang pernah jatuh kasih kepada sesorang dan tidak berbalas atau kita yang pernah melukakan atau dilukai. Dikhianati, dimusuhi atau mungkin disayang. Dan, juga tentang insan-insan yang mempunyai pandangan yang jauh dan tersendiri. Yang sanggup mengenepikan hal-hal peribadi yang dianggap kecil dan remeh demi menyempurnakan cita-cita dan idealoginya. Dalam PAN tiada watak jahat kecuali kenakalan-kenakalan kecil kerana bagi saya semua manusia baik. Jika ada perbuatan yang agak 'di luarduga' itu mungkin disebabkan sesuatu yang menekan mereka. Yang jika diurud dengan baik tentunya boleh dikawal.

Itu juga sebahagian dari sisi-sisi kehidupan, seperti kata Najiha kepada Wan Azmi suatu waktu, hidup bukan medan pertarungan tetapi tempat manusia menjadi manusia. Membijaksanakan akal dan diri." Untuk jadi cerdik pula tidaklah semudah bersiul atau memetik jari. Banyak dugaan dan ujian perlu dilalui agar akal kita tajam menangkap kemungkinan dan tepat membuat keputusan memandangkan hanya keputusan yang tepat sahaja akan menatijahkan kemurnian.

Dalam PAN juga tidak akan ditemui watak Datuk Datin, Tan Sri Puan Sri atau Tengku itu dan Tengku ini kerana bagi saya, mereka itu sangat jauh dari kita para gelandangan yang menerus atau mencari kehidupan dalam keadaan serba sukar. Justeru saya tidak fikir cerita tentang mereka yang disebut itu relavan dengan anda atau saya, Lalu, dari jiwa manusia biasa itu saya tarik sebilangan ceritanya dan saya paparkan di sini.

Mimpi-mimpi yang menemani lelap kita berzaman-zaman ini, saya tukar menjadi harapan walaupun kita tidak punya apa-apa kesaktian. Harapan yang selalunya kerap disalah anggap dengan pelbagai ungkapan negatif seperti, angan-angan mat jenin. Tanpa harapan juga banyak waktu kita akan terbias dari landasan dan sesia. Dalam PAN, saya cuba berlaku adil dan wajar tetapi saya tidak mampu menolak ketentuan takdir lantaran itu ada ketikanya watak-watak itu bagaikan terpaksa menerima sesuatu di luar kemahuannya. Di alam realiti; mampukah kita menolak ketentuan?

Tugas sebagai manusia yang tahan ujian saya serahkan kepada semua watak dalam PAN cuma sengaja dikedepankan Najiha. Saya letakkan kekaburan sejarah peribadinya kerana mahu dia membentuk satu sejarah baharu. Saya mahu dia menjadi pemula yang berhak pada hidupnya. Najiha itu saya angkat dari kisah anak-anak yang tidak bernasab sah tetapi berbekalkan 'anak-anak itu ibarat sehelai kain putih' makanya, saya perkasakan Najiha dengan kekuatan yang diam. Justeru itu saya bebaskan Najiha seperti kita sedang menjalani hidup.

Wan azmi, satu juzuk sedarhana yang hadir dalam PAN. Tidak saya gambarkan secara berlebihan kerana Islam juga berpesan begitu. Dia diam dam mewakili satu kosmo lelaki elit yang menghadapi cabaran dalam bermacam-macam bentuk dan cuba menyelesailan kemelut atau masalah itu dengan tindakan. Tampil dengan rona sentimental, penyayang, tegas, berkarisma di awal 40-an wajar jika dia 'digilai' tetapi tidak saya 'restui' atau melangsungkan Wan Azmi dalam sosok begitu untuk mewajarkan dia memimpin. Namun sesekali dia agak nakal kerana 'kenakalan' itu merupakan satu imitasi dari dunia benar hatta sebagai pemimpin atau manusia biasa dalam satu sisi; sebagai perencah karya.

Kata Wan Azmi,"Sama ada awak percaya atau tak, saya cuna nak beritahu... saya suka awak. Mula-mula sebab wajah awak tapi sekarang saya suka awak sebab awak adalah Najiha."

Kata Nurfatimah kepada Najiha pula,"Kalau kau jujur, kenapa arasa salah? Perasaan kasih itu bukan kita buat. Kalau kau percaya TUHAN, mestilah percayakan tekdir-NYA sekali."

Setelah itu Najiha semakin teguh dengan keperibadiannya. Dari kosong, dia menerjang hidup dan melalui liku demi liku walaupun adakalanya goyah.

Panggil Aku Najiha, adalah harapan Najiha kepada mereka yang memanggil dan menganggap dia Elina, gadis yang pernah dirindui oleh dua lelaki iaitu Wan Azmi dan Burhan.

Jika disusur ke dalam Islam pula, menjaga aib itu hukumnya wajib. Lalu, barangkali Najiha sedang menjaga aibnya.

Februari 2010: Cinta Hatiku

Sumber: Laman web Buku Prima




Penulis: Pitteriah Abdullah
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 19.90

Sinopsis:

Arissa Putri ditukarkan dengan Syazwan Hafizi kerana ayah arissa iaitu Tan Sri Badrol inginkan seorang anak lelaki bagi mewarisi empayar keluarganya. Tanpa pengetahuan Tan Sri Badrol, Puan Sri Sharifah tega menukarkan anak sendiri dengan Hamzah dan Puan Latifah. Arissa dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun hakikatnya Arissa sudah diberitahu dia hanya anak angkat dalam keluarga Hamzah. Manakala Syazwan pula hidup dalam kemewahan dan kebahagiaan tetapi tidak dimaklumi dia hanya anak angkat Tan Sri Badrol. Rahsia ini hanya Puan Latifah, Puan Sri Sharifah dan Arissa saja yang tahu setelah Hamzah meninggal dunia.

Arissa yang jatuh cinta dengan Megat Rafiqin terpaksa menolak lamarannya kerana tidak mahu rahsia ini terbongkar. Wali adalah penting dalam pernikahannya sedangkan wali yang sebanar tidak tahu dia mempunyai seorang anak perempuan. Arissa terpaksa berkorban demi orang lain sedangkan jiwanya sudah terseksa setelah berpisah dengan Megar Rafiqin yang membawa hati ke negara Dubai.

Februari 2010: Salju Cinta

Sumber: Facebook Alaf 21



Penulis: Nuriz Aida
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 18.00

Sinopsis:

Bagi Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sejak nyawa Maziah terpisah daripada badan. Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yang penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yang tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.

Kemunculan Ilyana yang sarat dengan rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa korbankan nyawa.

Fauzan, lelaki durjana yang telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yang dimiliki dijadikan umpan untuk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yang cantik dan jelita datang menagih kasihnya, hanya Ilyana yang ingin diburu.

Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendiri meladeni kesedihan ini!

"Biar jarak dan masa jadi halangan, jika ada jodoh... kita bertemu semula."

Thursday, February 4, 2010

Februari 2010: Tiada Sepertimu

Sumber: Blog Kaki Novel



Penulis: Anita Aruszi
Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM 24 (Semenanjung)/ RM 27 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Keifli Benjamin dan Zara Melissa... kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang 'kotor' manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di anatara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.

Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanmya yang tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semuala Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.

Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkah Zara menerima kehidupan lampaunya yang 'kotor' itu?

Februari 2010: Sepupuku Suamiku

Sumber: Blog Kaki Novel



Penulis: Lynn Allyna
Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM 19 (Semenanjung)/RM 22 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.

Alam perkahwinan yang dikecapi Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.

Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memilik Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan kembali hati Nana yang keras itu.

Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat diciintainya. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam gengamannya.

Malang sekali bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana... .

Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau... mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?
 
Copyright © 2010 Read & Review | Design : Noyod.Com